"Jemput singgah.. silakan masuk.."


Selamat datang ke blog Malay Village dan terima kasih kerana menjadi ahli followers blog ini untuk mengikuti pelbagai info terkini yang kami sediakan kepada anda dari masa-kesemasa.


Sebarangan cadangan dan atau komen sila emailkan kepada alamat email yang tertera disebelah kiri blog ini atau mungkin terus menuliskannya diruangan komen yang disediakan.


"Terima kasih daun keladi, kalau boleh jemput singgah la lagi"

Wednesday, October 13, 2010

Halal Dim Sum di Malay Village Restaurant


Salam sejahtera kepada semua bloggers.

Sukacitanya kami di Malay Village Restaurant, Nusa Bestari Johor Bahru ingin mengumumkan
bahawa pada hari Jumaat 15hb November 2010 satu lagi produk makanan baru akan mula dijual serta diperkenalkan kepada semua pelanggan kami iaitu Dim Sum dan Pau.

Dim Sum adalah sejenis masakan Cina yang melibatkan suatu lingkungan luas hidangan ringan yang dihidang bersama teh Cina . Ia juga dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum khas. Hidangan disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut, dan sayur-sayuran serta dihidang dalam bakul pengukus kecil.

Kini anda usah ragu kerana anda boleh menikmatinya di restoran kami di cawangan Nusa Bestari. Dijamin Halal dan pasti sedap.

Oleh yang demikian, ayuh ke restoran Malay Village di cawangan Nusa Bestari untuk mencuba produk baru ini.

Sebarang tindak balas dari pihak para pelanggan amat kami alu-alukan.

"Jumpa anda disana...!"


No comments:

Post a Comment